Tuesday, November 29, 2011

Selamat Bercuti

Hampir 2 minggu sesi persekolahan 2011 telah melabuhkan tirainya. Murid-murid yang paling gembira. Guru-guru masih ada yang belum bercuti sepenuhnya. Walau tidak berada di sekolah masih ramai yang bekerja dari rumah. Alhamdulillah urusan pembayaran elaun bantuan persekolahan sebanyak RM100 setiap murid sempat diselesaikan pada hari Jumaat terakhir persekolahan. Bagi ibu bapa/penjaga yang masih belum membuat tuntutan bayaran tersebut boleh menuntutnya di pejabat sekolah.
Keputusan UPSR juga telah diumumkan pada 17 November 2011..Tahniah kepada adik Najah Wahida Bt Kamaludin yang telah berjaya mendapat keputusan 5A. Bagi 8 orang murid yang memperolehi 4A1B juga tahniah diucapkan. InsyaAllah ada rezeki anda semua untuk sambung pelajaran di sekolah-sekolah berasrama penuh. Andai tidak usaha lagi..Terima kasih kerana membantu pihak sekolah menaikkan peratus pencapaian tahun ini. Buat murid-murid Tahun 5 yang akan menghadapi UPSR tahun hadapan, pastikan pencapaian anda lebih baik dari sekarang..
Pesanan buat murid-murid SKJ3(F) yang sedang bercuti..jaga diri masing-masing..penuhi cuti anda dengan aktiviti yang berfaedah.

"Selamat Bercuti dan Selamat Tahun Baru"

Sunday, September 11, 2011

UPSR!!!!!!

Akhirnya saat yang dinanti tiba juga....Good Luck diucapkan kepada semua murid2 Tahun 6 SK Jelai 3 (F)...Jawab betul2 ye.....semoga lebih ramai dapat 5A

Tuesday, August 9, 2011

Ramadhan Al-Mubarak


Ramadhan telah tiba dan Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu‐pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka, ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak.
Hadith ini dikeluarkan oleh Ahmad, al‐Nasa`ie daripada Abi Hurairah.

Bersempena dengan bulan Ramadhan al-Mubarak ini warga SK Jelai 3 (F) ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa dan Semoga Keberkatan Sentiasa Mengiringi Segala Amalan yang kita laksanakan.

Bagi murid-murid yang akan menghadapi peperiksaan UPSR..dengan tibanya bulan Ramadhan ini maka UPSR juga menghampiri..InsyaAllah di dalam bulan penuh barakah ini didoakan agar hati anak-anak Tahun 6 Bijak juga semakin tenang dan mudah menerima ilmu dan membuat persediaan. Setiap kejayaan perlu diiringi dengan usaha. Teruskan usaha..semoga berjaya!!!

Monday, June 13, 2011

Cuti dah....Sukan pula!!!!

Sekejap je 2 minggu bercuti...dah mula sesi persekolahan..ikut perancangan 28hb Jun 2011 adalah hari sukan SKJ3(F)...so jom semua...kita bersama2 sihatkan tubuh badan!!!!

15 JUN 2011-Pada awal pagi selepas perhimpunan,semua murid SKJ3(F) mengadakan perbincangan acara yang ingin diadakan pada hari sukan bersama jawatankuasa rumah sukan masing-masing.

Monday, May 16, 2011

Alumni SKJ3(F)

Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG sedang berusaha mengumpul data murid-murid SKJ3(F) yang pernah bersekolah di SK Jelai 3 (Felda) pada tahun 1993 hingga 2010. Ini adalah selaras dengan usaha menubuhkan Alumni SKJ3(F).
Bagi mereka yang terlibat bolehlah memberi maklumat berikut di bawah kepada pihak sekolah @ PIBG melalui faks:06-4347034 atau email: skjelai_3@yahoo.com atau skjelai3@gmail.com atau pibgskj3@gmail.com

Nama:
Alamat:
No.Telefon@H/P:
Email:
Pekerjaan:

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh berhubung dengan Cikgu Liza @ Ustazah Samsila di 06-4347034

Sambutan Hari Guru 2011




Sambutan tahun ini mendapat sambutan yang membanggakan dari guru-guru, pentadbir, kakitangan bukan guru, murid-murid dan AJK PIBG.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dan telah memberi sumbangan berbentuk tenaga, kewangan dan sokongan moral. Semoga dengan berakhirnya sambutan Hari Guru ini yang telah diadakan pada 16 Mei 2011 akan lebih mengeratkan hubungan semua yang terlibat.
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

ANUGERAH HARI GURU SKJ3(F) 2011
Guru Paling Popular (L) - Tn. Hj. Mustaffa
Guru Paling Popular (W) - Teacher Liza
Guru Paling Handsome - Cikgu Zikri
Guru Paling Segak - Ustaz Kamarudin
Guru Paling Maskulin - Tn. Hj. Mustaffa
Guru Paling Putih - En. Ab Wahab
Guru Paling Pendiam - En. Khir
Guru Paling Ayu - Teacher Liza
Guru Paling Putih (W) - Ustazah Sha
Guru Paling Lembut - Ustazah Azalela
Guru Paling Sporting - Teacher Azinah
Guru Tinggi Lampai - Cikgu Intan
Guru Paling Sweet - Ustazah Samsila
Guru Paling Low Profile - Cikgu Badariah
Guru Paling Tegas - Cikgu Taslimah
Guru Paling Comel - Ustazah Zaini
Guru Ala Diva - Cikgu Maziah
Guru Paling Anggun - Pn. Ismak
Guru Paling Penyayang - Cikgu Hanitah
Guru Paling Kreatif - Cikgu Najwa
Guru Paling Rajin - Cikgu Rohani
Guru Cantik Berkacamata - Cikgu Rapiza

Semua ni hasil undian murid-murid Tahun 3-6 SKJ3(F)...sekadar untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Guru 2011...

Tuesday, March 22, 2011

Pelaksanaan Kelas Tahanan

Badan Disiplin & Pengawas Sekolah telah bermesyuarat dan bersetuju untuk melaksanakan Kelas Tahanan bagi memberi peringatan kepada murid-murid yang sering melakukan kesalahan ringan dan sederhana di sekolah. Kelas tersebut dilaksanakan selama 30 minit selepas waktu persekolahan....Mudah-mudahan ia dapat membantu mengurangkan peratus kes disiplin di SKJ3(F)

Monday, February 7, 2011

Banjir...oh...banjir..

Kepada semua mangsa-mangsa banjir khususnya di kawasan Gemas diharapkan dapat bersabar..salah seorang warga SKJ3(F) juga terlibat iaitu Cikgu Zikri...diharapkan cikgu banyak bersabar...sesungguhnya berat mata yang memandang lebih berat bahu yang memikul...kami di SKJ3(F) sentiasa sedia membantu...

"Sesungguhnya Allah itu Maha Adil..Dia tidak akan sesekali menguji hambanNya dengan ujian yang tidak tertanggung oleh hambaNya itu...." dan setiap sesuatu yang terjadi pasti sudah pasti ada hikmah di sebaliknya...

Pertemuan dan Perpisahan...

Lumrah kehidupan setiap yang bertemu pasti akan berpisah...Tanggal 4 Februari 2011 warga SKJ3(F) terpaksa melepaskan dua insan yang sangat disayangi...En.Ibrahim Bin Josam (Guru Besar) yang berpindah ke SK Pasir Besar dan Tn.Hj.Sazali Bin Jaafar yang ditukarkan ke SK Londah.
Bagi pihak warga SKJ3(F) kami sentiasa mendoakan agar cikgu berdua akan terus berjaya di sekolah baru..dan dalam karier serta kehidupan cikgu berdua di masa hadapan...Terima kasih yang tidak terhingga di atas jasa dan khidmat cikgu sepanjang cikgu berada di SKJ3(F)...

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.....