Wednesday, June 17, 2015

Salam Ramadhan 1436H


Salam Ramadhan al-Mubarak.
Selamat menjalani ibadah puasa buat semua warga SK Jelai 3 serta ibu bapa/ penjaga.


Awal Ramadhan - 18 Jun 2015



Friday, January 25, 2013

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah, SK Jelai 3 (f)

Telah berlangsung dengan jayanya dalam masa yang terhad pada 25 Januari 2013/ 18 RabiulAwal 1434 H
Tahniah kepada semua guru yang telah berusaha , AJK PIBG yang turut hadir dan kepada semua murid yang mengambil bahagian..
Terima Kasih..
 "Kecemerlangan SKJ3f Tanggungjawab Bersama"

Beberapa aktiviti telah dijalankan seperti Ceramah, Pertandingan Selawat Keatas Nabi SAW dan Kuiz..

Salam Maulidur Rasul buat semua..

Penceramah Jemputan: Ustaz Kamarudin Awang

Pemenang Pertandingan Kuiz
Pemenang-Pemenang Pertandingan Selawat





Sunday, December 23, 2012


Welcome 2013...

Akhirnya tahun 2013 bakal tiba...sesi persekolahan juga akan bermula...


Sunday, October 21, 2012

SUKAN TAHUNAN SK JELAI 3 (F) TAHUN 2012

Lamanya admin tidak menjenguk blog ini. Perkembangan terkini sekolah adalah pelaksanaan Sukan Tahunan yang telah diadakan pada 27 September 2012.
ATURCARA KEJOHANAN
7.40 pagi : Murid berkumpul di tapak perhimpunan
8.00 pagi : Ketibaan tetamu
8.10 pagi : Acara 50m Tahun 1 (Lelaki & Perempuan)
8.20 pagi : Acara 50m Tahun 2 (Lelaki & Perempuan)
8.30 pagi : Acara 80m Tahun 3 (Lelaki & Perempuan)
8.40 pagi : Sukaneka Prasekolah
8.50 pagi : Ketibaan VIP
9.00 pagi : Lagu Negaraku Bacaan Doa Upacara Perbarisan dan Lintas Hormat
                : Perasmian Pembukaan oleh YB Dato’ Hjh Zainab Binti Nasir NS,DNS,ANS,PMC
                  (ADUN Kawasan Gemas merangkap EXCO Negeri)
                : Penyampaian hadiah untuk acara padang
9.30 pagi : Sukaneka Tahun 1 & 2
9.40 pagi : Acara 100m Tahun 4 (Lelaki & Perempuan)
9.50 pagi : Acara 100m Tahun 5 (Lelaki & Perempuan)
10.00 pagi : Acara 100m Tahun 6 (Lelaki & Perempuan)
10.10 pagi : REHAT
10.20 pagi : Penyampaian hadiah untuk acara 50m, 80m, 100m
10.30 pagi : Sukaneka Tahun 3 & 4
10.40 pagi : Acara 200m Tahun 4 (Lelaki & Perempuan)
10.50 pagi : Acara 200m Tahun 5 (Lelaki & Perempuan)
11.00 pagi : Acara 200m Tahun 6 (Lelaki & Perempuan)
11.10 pagi : Penyampaian hadiah untuk acara 200m
11.20 pagi : Acara 4 x 50m Tahun 1 (Lelaki & Perempuan)
11.30 pagi : Acara 4 x 50m Tahun 2 (Lelaki & Perempuan)
11.40 pagi : Acara 4 x 100m Tahun 3 & 4 (Lelaki & Perempuan)
11.50 pagi : Acara 4 x 100m Tahun 5 & 6 (Lelaki & Perempuan)
12.00 tgh : Sukaneka Terbuka (Lelaki & Perempuan)
12.30 tgh : Majlis Penyampaian Hadiah dan Perasmian Penutupan oleh En.Isam B Mohd Isa
                   (Ketua Perg. Pemuda UMNO Bhgn. Tampin)
1.00 ptg : Bersurai




 
 
JUARA TAHUN 2012 RUMAH HIJAU!!!!!!!! 

Friday, August 10, 2012

Cuti Hari Raya Aidilfitri Tahun 2012

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri sekolah akan bercuti mulai 16 Ogos 2012 sehingga 26 Ogos 2012. Cuti 16 dan 17 Ogos merupakan cuti berganti. Sekolah akan mula beroperasi pada 27 Ogos 2012.
Warga SK Jelai 3 (F) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.



 

Saturday, July 14, 2012

UJIAN BULAN JULAI TAHUN 2012



Perhatian kepada semua murid-murid SKJ3(F). Ujian Bulan Julai bagi tahun 2012 akan diadakan pada:

Tarikh : 24 Julai 2012 - 26 Julai 2012
Jadual akan diedarkan melalui guru kelas masing-masing. Sehubungan dengan itu, murid-murid diminta bersedia dengan membuat ulangkaji.


Wednesday, July 11, 2012

Cambridge Placement Test (CPT) & Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT) bagi semua guru BI.

PELAKSANAAN ANALISIS KEPERLUAN LATIHAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN BAHASA INGGERIS (PPP BI)

Cambridge Placement Test (CPT) & Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT) bagi semua guru BI.

LATAR BELAKANG

  1. Penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid perlu ditingkatkan selaras dengan pelaksanaan Dasar MBMMBI. Untuk memastikan pencapaian murid meningkat, guru hendaklah berkualiti, yakni kompeten dan menguasai bahasa Inggeris terutamanya dari aspek kefasihan dan pedagogi.
  2. Setakat ini, belum ada data/maklumat yang tepat, lengkap dan menyeluruh berkenaan tahap penguasaan dan kompetensi bahasa Inggeris PPP BI yang mengajar Bahasa Inggeris. Oleh itu, untuk mendapatkan data/maklumat tersebut, analisis keperluan latihan bagi PPP BI perlu dilaksanakan.
  3. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Memperkukuh Bahasa Inggeris (JKK MBI) Bil. 2/2012 yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) pada 12 Januari 2012 telah memutuskan bahawa analisis keperluan latihan bagi PPP BI di sekolah menengah dan rendah, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Kolej Matrikulasi perlu diperolehi.
  4. Mesyuarat Delivery Task Force (DTF) yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 20 Februari 2012 telah memutuskan supaya analisis keperluan latihan PPP BI dilaksanakan segera.
  5. PEMANDU telah memutuskan supaya analisis keperluan latihan bagi 10,000 PPP BI dilaksanakan pada 7 - 10 Mei untuk mendapatkan data bagi keperluan dalam Makmal GTP v2.

TUJUAN

  1. Mengetahui tahap kefasihan dan kompetensi PPP BI bagi menentukan take-off value (TOV).
  2. TOV yang diperolehi juga memudahkan penyediaan KPI bagi program peningkatan kefasihan dan kompetensi PPP BI.
  3. Untuk perancangan program sokongan dan latihan yang menepati keperluan standard Common European Framework of References for Languages (CEFR).
  4. Kriteria pemilihan Master Trainers dan Master Teachers dalam Program Strengthening English Proficiency Through Assessment (SEPTA).

STRATEGI PELAKSANAAN

  1. Dua (2) instrumen akan digunakan secara atas talian:
  • Cambridge Placement Test (CPT) untuk kefasihan
- 50 soalan (30 minit)
- bersifat adaptif mengikut tahap kefasihan
- perlu menggunakan token yang akan diagihkan ke sekolah/Kolej Matrikulasi/ IPG Kampus mengikut bilangan PPP BI.
- skor adalah berdasarkan CEFR seperti dalam jadual berikut:

Results are reported instantly as an overall score on a scale of 0-100, indicating the CEFR level from Pre-A1 – C2.

Score CEFR level
90-100 C2 (Mastery)
75-89 C1 (Effective proficiency)
60-74 B2 (Vantage)
40-59 B1 (Threshold)
20-39 A2 (Waystage)
10-19 A1 (Breakthrough)
0-9 Pre-A1

  • Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT) untuk kompetensi
- 127 soalan (60 minit)
- meliputi 6 dimensi seperti berikut:
a. language proficiency,
b. curriculum application,
c. lesson planning,
d. methodology,
e. classroom management and,
f. assessment

2. Kumpulan sasaran – SEMUA PPP BI (dilaksanakan secara berperingkat)

PENDEKATAN PELAKSANAAN

  1. Analisis keperluan latihan PPP BI perlu dilaksanakan secara berhemah supaya tidak menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan PPP BI. Beberapa perkara seperti berikut perlu diutamakan:
  • menggunakan pendekatan memujuk (persuasion);
  • segala urusan dan pelaksanaan mendapatkan analisis keperluan latihan tidak membebankan PPP BI;
  • data yang diperolehi akan digunakan untuk tujuan analisis keperluan latihan sahaja; dan
  • pelaksanaan CPT dan PSELT akan direkodkan sebagai menghadiri tiga (3) jam sesi latihan dalam perkhidmatan dan dicatat dalam kad biru PPP BI.

PELAKSANAAN FASA 1 : (7 – 10 MEI 2012)

Kedah, Kelantan, WP KL dan Melaka.

FASA 2 :

Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, WP Putrajaya dan Negeri sembilan.

FASA 3 :

Johor, Pahang, Terengganu, WP Labuan, Sabah dan Sarawak.