Unit Bimbingan & Kaunseling SKJ3f



                                                                              












                                                                              
 

 PRINSIP-PRINSIP BIMBINGAN DAN KAUNSELING :
  • Bimbingan adalah untuk semua murid, untuk perkembangan diri mereka.
  • Fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal.
  • Ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah.
  • Murid-murid perlu menyertai bimbingan secara sukarela.
  • Guru bimbingan perlu bertingkah laku profesional untuk mengelakkan perhubungan tidak sihat.
  • Perkhidmatan bimbingan merupakan tanggungjawab secara kolektif di antara guru, murid, guru pembimbing dan sekolah, rakan sebaya dan ibubapa yang berkenaan.
  • Pendekatan secara bimbingan
  • Guru Bimbingan dan Kaunseling ( B & K ) :
    • Guru yang dilantik sebagai guru bimbingan dan kaunseling di sekolah yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti kaunseling.
    • Guru ini tidak digelar kaunselor

PERSONALITI KAUNSELOR :

Perhubungan kaunseling tidak dapat dipisahkan daripada ciri-ciri personaliti kaunselor, iaitu mesra, jujur, menerima tanpa syarat dan berempati. 

MESRA
Sifat mesra kaunselor akan dirasakan oleh klien apabila klien menunjukkan tanda-tanda berikut iaitu,tidak kekok bercaap, relax, selesa dan 'rasa' diterima oleh kaunselor. 

JUJUR
Kaunselor yang jujur adalah kaunselor yang tidak berpura-pura dalam perhubungannya dengan klien. Dia bersifat natural, terbuka, spontan, tidak defensif dan konsisten. Dia mampu berkongsi aksi dan reaksi dari segi mental dan emosi dan tidak teragak-agak untuk memberi maklum balas. 

MENERIMA TANPA SYARAT
Ciri-ciri ini menunjukkan bahawa kaunselor perlu menerima diri klien yang sebenarnya. Kaunselor perlu melayan klien sebagai manusia yang bermaruah dan unik walaupun klien datang dengan cerita yang mengelakkan diri daripada pandangan yang negatif atau serong terhadap kliennya. 

BEREMPATI
Ini merujuk kepada kebolehan kaunselor untuk memasuki ruang rujuk atau dunia klien dan membenarkan dirinya mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh klien sambil memahami dan menghayati pengertian daripada proses ini.




OBJEKTIF PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING :


  1.  Merancang, menyelaras, mengawal dan menilai perkhidmatan dan aktiviti bimbingan dan kaunseling ke arah mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  2. Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek perkembangan diri murid dengan menyediakan peluang, kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi murid.
  3. Memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan murid daripada terlibat dalam perbuatan salah laku seperti tingkah laku tidak berdisiplin, penggunaan dadah, merokok, tingkah laku musnah, peras ugut, menyertai pertubuhan haram dan perbuatan anti sosial yang lain.
  4. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada murid yang memerlukan.
  5. Memberikan perkhidmatan ke arah membangun dan memajukan sekolah dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum.
  6. Menyediakan perkhidmatan dari segi akademik, psikososial dan kesejahteraan mental, kerjaya, keibubapaan dan pembangunan murid kepada semua murid.

No comments:

Post a Comment