Friday, January 20, 2012

Selamat Tahun Baru

Betapa sibuknya dengan kehadiran tahun 2012...belum terlambat untuk ucapan Selamat Datang ke SK Jelai 3 (F) buat Tuan Guru Besar, En. Adam Bin Hj. Omar. Tidak lupa kepada 2 orang guru baru iaitu Pn. Nurul Huda Binti Abd Ghafar dari Kuang, Selangor dan Pn. Aziah Binti Othman dari Kluang, Johor. Semoga dengan tambahan bilangan guru serta pentadbir yang baru SK Jelai 3 (F) akan lebih bersemangat dan dapat meningkatkan prestasi pada tahun ini.
SK Jelai 3 (F) juga terasa kehilangan dengan kehilangan 2 orang pentadbir iaitu En. Mohd Khir Bin Jarju yang telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar di SK Pasuh 4 manakala En. Mohd Taufik Bin Awap sebagai Guru Besar di SK Palong 8. Tahniah!!
Juga ucapan tahniah buat En Ab Wahab Bin Dahalan yang telah menjawat jawatan GPK HEM di SK Jelai 3 (F). Ini bermakna sekolah mempunyai kekosongan bg jawatan GPK 1 dan GPK KK.
Sempena tahun baru ini....diucapkan Selamat Kembali ke sekolah buat murid-murid SK Jelai 3 (F). Semoga tahun baru muncul bersama azam baru untuk meningkatkan prestasi akademik masing-masing juga memantapkan sahsiah...