Tentang SKJ3(F)...


LENCANA SEKOLAH

  

KETERANGAN MAKSUD:
Pengertian Rupa :
·         Bentuk huruf “C” membaca makna ”Cemerlang” yang mana merupakan matlamat institusi ini ialah mendokong setiap prinsip Falsafah Pendidikan Negara.
·         Bentuk lencana (Gabungan bentuk Geometri dan artistic/spectrum) menunjukkan lambang kemajuan akademik dan ko-kurikulum yang sentiasa fleksibel dalam mengejar kecemerlangan.
·         Bentuk ombak lambang cabaran yang bakal ditempuh oleh anak didik yang mana harus disediakan dengan persiapan  menghadapi  bagi menjamin kelahiran generasi berdaya saing.
·         Bentuk obor lambang semangat dan kegigihan yang perlu bagi setiap individu dalam merealisasikan segala matlamat dan cita-cita.
·         Tindakan lima gelung melambangkan prinsip Rukun Islam dan Rukun Negara yang sentiasa menjadi pegangan kukuh bagi menjamin untuk mahu.
·         Bentuk membaca melambangkan kepentingan sikap rajin membaca bagi menambah ilmu.
·         Agihan tiga kelompok warna melambangkan keseimbangan kemajuan dan perkembangan mental, fizikal dan spiritual yang diterapkan kepada anak didik di sekolah ini.

Pengertian Warna :
*       Setiap warna yang digunakan berasaskan dari warna bendera Malaysia dan Negeri Sembilan Darul Khusus.
v   Putih :Lambang suci bersih, yang mana matlamat institusi ini ialah membentuk anak didik yang berkualiti sebagai insan yang mempunyai nilai-nilai murni.
v   Hitam : Lambang keteguhan yang ingin disemai kepada anak didik . mereka harus bersatu bagi mengejar kecemerlangan.
v   Biru : Melambangkan suasana harmoni selaras dengan matlamat menjadikan sekolah ini sebuah keluarga besar yang bersatu dan sentiasa bekerjasama.
v   Merah :Melambangkan keberanian mencuba apa jua bidang adalah asset untuk muncul sebagai generasi yang berilmu dan berwibawa.
v   Kuning : Melambangkan institusi ini akan sentiasa mendaulatkan kesopanan dan kesusilaan selaras dengan matlamat Negara untuk melahirkan masyarakat beretika.


SEJARAH PENCIPTAAN LOGO.

Penciptaan Logo ini bermula apabila sekolah ini baru dibuka pada tahun 2003.
Pelbagai jenis logo telah dicipta untuk melambangkan identiti sekolah ini.
Namun begitu logo yang dicipta oleh guru yang juga tenaga pengajar sekolah ini Encik Azman bin Ambia telah dipilih untuk dijadikan lencana dan logo identiti Sekolah Kebangsaan Jelai 3(F).
Logo yang telah di ilham oleh beliau digunakan pada tahun 2003 hingga sekarang.


BENDERA SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI 3(FELDA)


Keterangan maksud:
v  Merah :Melambangkan keberanian mencuba apa jua bidang adalah asset untuk muncul sebagai generasi yang berilmu dan berwibawa.
v  Kuning : Melambangkan institusi ini akan sentiasa mendaulatkan kesopanan dan kesusilaan selaras dengan matlamat Negara untuk melahirkan masyarakat beretika.

Sejarah Penciptaannya:
Bendera Sekolah Kebangsaan telah dicipta berdasarkan gabungan warna yang terdapat dalam logo sekolah yang telah dicipta oleh Encik Azman bin Ambia.
Hasil gabungan ini telah diilhamkan sendiri oleh beliau untuk mencipta bendera Sekolah Kebangsaan Jelai 3(Felda)
Bendera sekolah ini juga telah dicipta pada tahun 2003.


LATAR BELAKANG SEKOLAH/ MAKLUMAT ASAS/ SEJARAH

Tarikh 1hb Disember 1993 merupakan detik bersejarah bagi Sekolah Kebangsaan Jelai 3(F). Ini kerana, pada tarikh tersebut bermulalah sesi persekolahan  Sekolah kebangsaan Jelai 3(F) buat julung kalinya. Penubuhan ini mendapat restu daripada semua pihak yang terbabit, baik dari Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) mahupun masyarakat sekitarnya. SK. Jelai 3(F) ini merupakan sebuah sekolah rendah yang ke-3 didirikan di Jelai Kompleks yang terletak di Jelai 2. Ia diapit oleh Pejabat Felda Jelai 1 dan Pejabat Felda Jelai 2. Kedudukan sekolah ini amat strategik sekali.
Bangunan SK Jelai 3(F) pula mempunyai 3 blok iaitu A,B dan C. Setiap blok mempunyai 3 tingkat dan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian pentadbiran, akademik dan lain-lain termasuk tandas dan stor. Manakala kantin ditempatkan di bangunan yang berasingan dan lengkap.
Penubuhan sekolah ini bertujuan untuk menampung pertambahan murid yang semakin meningkat di SK Jelai 1(F) dan SK Jelai 2(F). Pengambilan murid dari kedua-dua sekolah berdasarkan pada Peta Kawasan Jelai yang telah diputuskan dalam satu mesyuarat khas bertarikh 16hb September 1993 lalu di SK Jelai 1(F) dan dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat.
Keseluruhan murid yang dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Jelai 3(F) ialah seramai 847 orang iaitu 665 dari Sek. Keb. Jelai 1 dan 169 dari Sek. Keb. Jelai 2 serta 13 orang yang tukar masuk dari dalam dan luar negeri. Kemudian pelajar-pelajar tersebut dibahagikan mengikut tahun dan aliran-aliran tertentu iaitu:
Tahun 1  -   3 aliran -   132 orang
Tahun 2  -   3 aliran -   128 orang
Tahun 3  -   4 aliran -   159 orang
Tahun 4  -   4 aliran -   136 orang
Tahun 5  -   4 aliran -   147 orang
Tahun 6  -   4 aliran -   147 orang
Bilangan tenaga pengajar pada peringkat awalnya adalah seramai 35 orang dan ia mencukupi, termasuk Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) seramai 8 orang dan Guru Sandaran Terlatih seramai 6 orang. Jawatan Guru Besar pula disandang oleh Encik Mohtaruddin Haji Idris yang sebelum ini berkhidmat  di Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan. Pada 29hb November 1993, mesyuarat guru kali pertama telah diadakan yang turut dihadiri oleh Encik Latif dari Pejabat Pendidikan Daerah Tampin/Rembau bagi mengagihkan tugas guru dan membuat pelantikan GPK 1, GPK HEM dan GPK Ko-kurikulum
Bermulanya persekolahan semester kedua, bilangan guru telah bertambah kepada 38 orang dengan kemasukan Guru Praktikum daripada maktab Perguruan seramai 8 orang. Manakala 5 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih berhenti memasuki maktab perguruan.
Di peringkat awal penubuhan Sekolah Kebangsaan Jelai 3(F) serba kekurangan dan peralatan yang ada belum lengkap sepenuhnya. Namun begitu, dengan kerjasama sekolah-sekolah di sekitarnya dan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, peralatan ini telah dilengkapkan dari semasa ke semasa agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
Di samping itu, SK Jelai 3(F) tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan sama ada dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Pencapaian yang diperoleh amatlah memuaskan. Dengan tertubuhnya SK Jelai 3(F) ini diharapkan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya dalam segala bidang mengikut kehendak wawasan yang akhirnya dapat memberikan sumbangan kepada Agama, bangsa dan Negara.

LAGU SEKOLAH

Bertekun berusaha sehingga jaya
Menjadi tonggak perjuangan kita
Bersama-sama kita berjuang
Menaikkan namanya
Di puncak bukit yang permai
Suasana yang damai
Kehijauan sekitarnya
Menjadi ilham kita
Sekolah kebangsaan Jelai 3
Sekolah yang tercinta
Ilmu wadah wawasan
Dijadikan panduan



SEJARAH PENCIPTAAN LAGU
Lagu dan lirik Sekolah Kebangsaan Jelai 3(felda) ini telah dicipta oleh Encik Anizam bin Taib. Beliau merupakan guru-guru muzik di sekolah ini. lagu dan lirik ini telah dicipta pada tahun 2003 sempena pembukaan Sekolah Kebangsaan Jelai 3(Felda).


VISI SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI 3(F) UNGGUL DALAM AKADEMIK SAHSIAH DAN KOKURIKULUM
MENJELANG 2011

MISI SEKOLAH
UNTUK MEREALISASIKAN VISI KAMI WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN Jelai 3(F) akan memastikan misi berikut sempurna dan berterusan:
·        Pencapaian akademik yang melebihi pencapaian kebangsaan.
·        Pengurusan pentadbiran yang bersistematik.
·        Kecemerlangan dalam kelab dan unit beruniform
·        Kecemerlangan dalam hubungan komuniti.
·        Keunggulan sahsiah
·        Keceriaan sekolah sehingga berjaya dalam 3K
·        Kecemerlangan dalam kurikulum dan kokurikulum
Moto sekolah
Ilmu wadah  Wawasan
Sesuai dengan Institusi ini merupakan Institusi masyarakat yang memikul tanggungjawab membekalkan Negara dengan generasi berilmu bagi mencapai dan merealisasikan apa jua matlamat dan wawasan Negara kita.