Sunday, December 23, 2012
Sunday, October 21, 2012
SUKAN TAHUNAN SK JELAI 3 (F) TAHUN 2012
ATURCARA KEJOHANAN
7.40 pagi : Murid berkumpul di tapak perhimpunan
8.00 pagi : Ketibaan tetamu
8.10 pagi : Acara 50m Tahun 1 (Lelaki & Perempuan)
8.20 pagi : Acara 50m Tahun 2 (Lelaki & Perempuan)
8.30 pagi : Acara 80m Tahun 3 (Lelaki & Perempuan)
8.40 pagi : Sukaneka Prasekolah
8.50 pagi : Ketibaan VIP
9.00 pagi : Lagu Negaraku Bacaan Doa Upacara Perbarisan dan Lintas Hormat
: Perasmian Pembukaan oleh YB Dato’ Hjh Zainab Binti Nasir NS,DNS,ANS,PMC
(ADUN Kawasan Gemas merangkap EXCO Negeri)
: Penyampaian hadiah untuk acara padang
9.30 pagi : Sukaneka Tahun 1 & 2
9.40 pagi : Acara 100m Tahun 4 (Lelaki & Perempuan)
9.50 pagi : Acara 100m Tahun 5 (Lelaki & Perempuan)
10.00 pagi : Acara 100m Tahun 6 (Lelaki & Perempuan)
10.10 pagi : REHAT
10.20 pagi : Penyampaian hadiah untuk acara 50m, 80m, 100m
10.30 pagi : Sukaneka Tahun 3 & 4
10.40 pagi : Acara 200m Tahun 4 (Lelaki & Perempuan)
10.50 pagi : Acara 200m Tahun 5 (Lelaki & Perempuan)
11.00 pagi : Acara 200m Tahun 6 (Lelaki & Perempuan)
11.10 pagi : Penyampaian hadiah untuk acara 200m
11.20 pagi : Acara 4 x 50m Tahun 1 (Lelaki & Perempuan)
11.30 pagi : Acara 4 x 50m Tahun 2 (Lelaki & Perempuan)
11.40 pagi : Acara 4 x 100m Tahun 3 & 4 (Lelaki & Perempuan)
11.50 pagi : Acara 4 x 100m Tahun 5 & 6 (Lelaki & Perempuan)
12.00 tgh : Sukaneka Terbuka (Lelaki & Perempuan)
12.30 tgh : Majlis Penyampaian Hadiah dan Perasmian Penutupan oleh En.Isam B Mohd Isa
(Ketua Perg. Pemuda UMNO Bhgn. Tampin)
1.00 ptg : Bersurai
Friday, August 10, 2012
Cuti Hari Raya Aidilfitri Tahun 2012
Saturday, July 14, 2012
UJIAN BULAN JULAI TAHUN 2012
Wednesday, July 11, 2012
Cambridge Placement Test (CPT) & Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT) bagi semua guru BI.
- Penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid perlu ditingkatkan selaras dengan pelaksanaan Dasar MBMMBI. Untuk memastikan pencapaian murid meningkat, guru hendaklah berkualiti, yakni kompeten dan menguasai bahasa Inggeris terutamanya dari aspek kefasihan dan pedagogi.
- Setakat ini, belum ada data/maklumat yang tepat, lengkap dan menyeluruh berkenaan tahap penguasaan dan kompetensi bahasa Inggeris PPP BI yang mengajar Bahasa Inggeris. Oleh itu, untuk mendapatkan data/maklumat tersebut, analisis keperluan latihan bagi PPP BI perlu dilaksanakan.
- Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Memperkukuh Bahasa Inggeris (JKK MBI) Bil. 2/2012 yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) pada 12 Januari 2012 telah memutuskan bahawa analisis keperluan latihan bagi PPP BI di sekolah menengah dan rendah, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Kolej Matrikulasi perlu diperolehi.
- Mesyuarat Delivery Task Force (DTF) yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 20 Februari 2012 telah memutuskan supaya analisis keperluan latihan PPP BI dilaksanakan segera.
- PEMANDU telah memutuskan supaya analisis keperluan latihan bagi 10,000 PPP BI dilaksanakan pada 7 - 10 Mei untuk mendapatkan data bagi keperluan dalam Makmal GTP v2.
- Mengetahui tahap kefasihan dan kompetensi PPP BI bagi menentukan take-off value (TOV).
- TOV yang diperolehi juga memudahkan penyediaan KPI bagi program peningkatan kefasihan dan kompetensi PPP BI.
- Untuk perancangan program sokongan dan latihan yang menepati keperluan standard Common European Framework of References for Languages (CEFR).
- Kriteria pemilihan Master Trainers dan Master Teachers dalam Program Strengthening English Proficiency Through Assessment (SEPTA).
- Dua (2) instrumen akan digunakan secara atas talian:
- Cambridge Placement Test (CPT) untuk kefasihan
10-19 A1 (Breakthrough)
0-9 Pre-A1
- Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT) untuk kompetensi
- Analisis keperluan latihan PPP BI perlu dilaksanakan secara berhemah supaya tidak menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan PPP BI. Beberapa perkara seperti berikut perlu diutamakan:
- menggunakan pendekatan memujuk (persuasion);
- segala urusan dan pelaksanaan mendapatkan analisis keperluan latihan tidak membebankan PPP BI;
- data yang diperolehi akan digunakan untuk tujuan analisis keperluan latihan sahaja; dan
- pelaksanaan CPT dan PSELT akan direkodkan sebagai menghadiri tiga (3) jam sesi latihan dalam perkhidmatan dan dicatat dalam kad biru PPP BI.
Thursday, February 16, 2012
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG) SK JELAI 3 (F) KALI KE-18
Ruj. Kami : SKJ3(F)650-1/2(4)
Tarikh : 1 FEBRUARI 2012
Semua Ibu Bapa/Penjaga Murid
Semua Guru
Sekolah Kebangsaan Jelai 3 (F)
73480 Gemas
Negeri Sembilan
Tuan/Puan,
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI 3 (F) KALI KE-18
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut di atas akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 23 Februari 2012 (Khamis)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan SK Jelai 3 (F)
2. Agenda mesyuarat tersebut ialah:
2.1. Ucapan YDP
2.2. Pembentangan dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Lalu
2.3. Membentang dan Menerima Laporan Tahunan
2.4. Membentangkan dan Menerima Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2011
2.5. Pembahasan Usul
2.6. Hal-hal Lain
2.7. Ucapan Penangguhan
3. Sebarang usul yang ingin dibawa ke mesyuarat agung tahunan hendaklah dihantar kepada Setiausaha selewat-lewatnya pada 8 Februari 2012 (Rabu). Sila gunakan Borang Penyataan Usul yang dikembarkan bersma ini. Hanya usul yang dibacakan oleh pemberi usul sahaja yang akan dibincangkan di dalam mesyuarat.
4. Untuk makluman tuan/puan, acara Cabutan Bertuah akan diadakan seperti tahun lepas. Sehubungan dengan itu, sekiranya ada sumbangan bagi menjayakan acara tersebut amat kami hargai. Tuan/puan boleh menghubungi Setiausaha PIBG bagi urusan tersebut.
5. Kehadiran tuan/puan amatlah diharapkan bagi menjayakan mesyuarat Agung Tahunan PIBG sekolah kita ini.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
Setiausaha PIBG
SK Jelai 3(F)
73480 Gemas
Negeri Sembilan