Thursday, February 16, 2012

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG) SK JELAI 3 (F) KALI KE-18

Ruj. Kami : SKJ3(F)650-1/2(4)

Tarikh : 1 FEBRUARI 2012

Semua Ibu Bapa/Penjaga Murid

Semua Guru

Sekolah Kebangsaan Jelai 3 (F)

73480 Gemas

Negeri Sembilan

Tuan/Puan,

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG)

SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI 3 (F) KALI KE-18

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut di atas akan diadakan seperti berikut:


Tarikh : 23 Februari 2012 (Khamis)

Masa : 3.00 petang

Tempat : Dewan SK Jelai 3 (F)

2. Agenda mesyuarat tersebut ialah:

2.1. Ucapan YDP

2.2. Pembentangan dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Lalu

2.3. Membentang dan Menerima Laporan Tahunan

2.4. Membentangkan dan Menerima Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2011

2.5. Pembahasan Usul

2.6. Hal-hal Lain

2.7. Ucapan Penangguhan

3. Sebarang usul yang ingin dibawa ke mesyuarat agung tahunan hendaklah dihantar kepada Setiausaha selewat-lewatnya pada 8 Februari 2012 (Rabu). Sila gunakan Borang Penyataan Usul yang dikembarkan bersma ini. Hanya usul yang dibacakan oleh pemberi usul sahaja yang akan dibincangkan di dalam mesyuarat.


4. Untuk makluman tuan/puan, acara Cabutan Bertuah akan diadakan seperti tahun lepas. Sehubungan dengan itu, sekiranya ada sumbangan bagi menjayakan acara tersebut amat kami hargai. Tuan/puan boleh menghubungi Setiausaha PIBG bagi urusan tersebut.

5. Kehadiran tuan/puan amatlah diharapkan bagi menjayakan mesyuarat Agung Tahunan PIBG sekolah kita ini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

t.t

NOORASMALIZA BINTI MAT ALIAS

Setiausaha PIBG

SK Jelai 3(F)

73480 Gemas

Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment